Angelina Jolie Dapat Hak Jagaan Penuh 6 Anak

jolie

AKHIRNYA pasangan ‘Brangelina’ mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan keenam-enam mereka.

Brad Pitt bersetuju hak jagaan diberikan kepada bekas isterinya, Angelina Jolie.
Menurut jurucakap aktres tersebut, Angelina memperolehi hak jagaan sepenuhnya terhadap anak-anak mereka namun Brad dibenarkan untuk melawat pada waktu yang telah ditetapkan.
“Persetujuan telah dicapai minggu lalu dan dalam perjanjian itu keenam-enam anak mereka akan dijaga Angelina sementara Brad mendapat hak lawatan yang ditetapkan,” kata sumber tersebut dipetik laman Eonline.
Beberapa minggu lalu, Brad didakwa memfailkan tuntutan hak penjagaan bersama selepas Angelina menuntut hak penjagaan sepenuhnya sebaik sahaja pelakon jelita itu mengumumkan penceraian, September lalu.
Pasangan ini mempunyai tiga anak angkat, Maddox; 15, Pax; 12, Zahara; 11; dan tiga anak kandung, Shiloh;10, dan kembar, Knox dan Vivienne; 8.
Brad dan Angelina berkahwin pada 2014 selepas 10 tahun berhubungan.
jolie1
Ini merupakan kegagalan rumah tangga kedua yang dialami Brad selepas dia berpisah dengan Jennifer Aniston sementara yang ketiga untuk Angelina.
Angelina sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Billy Bob Thornton dan Jonny Lee Miller. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story