Berang Tak Dapat Buah, Wanita Tendang Kemaluan BF

Wanita Tendang Kemaluan BF Kerana Enggan Beli Buah

SEORANG wanita bertindak menendang kemaluan teman lelakinya berulang kali di hadapan sebuah gerai buah-buahan di China.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan lelaki malang itu ditendang sebanyak 10 kali di bahagian alat sulitnya meskipun ketika itu telah terbaring di atas lantai.
Jelas laman itu, pergaduhan itu tercetus apabila wanita yang memakai baju berwarna merah jambu itu ‘merajuk’ dengan teman lelakinya yang enggan membeli buah untuknya kerana dirasakan harga buah tersebut terlalu mahal.
Wanita Tendang Kemaluan BF Kerana Enggan Beli Buah
Wanita Tendang Kemaluan BF Kerana Enggan Beli Buah
Video berdurasi satu minit itu telah tersebar di laman sosial negara itu termasuklah portal QQ.com dan telah ditonton sebanyak 16 juta kali.
Tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu dirakam namun menurut seorang pengguna laman sesawang negara itu, kejadian dipercayai berlaku di bandar Nanchang.
Malah tindakan brutal wanita itu terhadap teman lelakinya telah menarik perhatian pengguna laman Weibo yang telah memuat naik pelbagai komen setelah tersebarnya video tersebut.
Salah seorang netizen laman sosial berkata, “Saya bersyukur kerana masih single.”
Manakala seorang lagi menzahirkan turut sama merasa kesakitan dialami lelaki itu saat menonton video berkenaan.
“Saya boleh merasakan kesakitannya dengan hanya menonton video ini,” tulisnya.
Dan seorang lagi berkata, “Wanita itu hanya minta buah-buahan sahaja bukannya tas tangan mahal,” luahnya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story