KBS Cadang Tubuh Universiti Sukan – Khairy

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menubuhkan universiti sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet dan membangunkan sukan negara.

Beliau berkata cadangan tersebut dilihat tepat pada masanya tetapi ia masih tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.
“Saya setuju (penubuhan universiti sukan). Saya akan usulkan cadangan itu kepada jemaah menteri kerana universiti sukan adalah tepat pada masanya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang bangun mencelah sewaktu penggulungan itu memberitahu sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan universiti sukan di negara ini.
Khairy bagaimanapun tidak menyatakan bila cadangan itu akan diusulkan ke Kabinet. – BERNAMA



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story