Kereta Pegawai KPDNKK Bukan Perbuatan Khianat

Kereta Terbakar

PUTRAJAYA – Sebuah kereta milik pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terbakar di hadapan rumahnya, di Presint 9 di sini malam tadi, dan polis menolak andaian ia ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar, sekembalinya beliau dari kedai dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.
“Enjin terbakar sendiri. Tiada perbuatan khianat atau jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story