Sultan Johor Lancar Tabung Wakaf, Dana Awal RM12 Juta

Sultan Johor Lancar Tabung Wakaf, Dana Awal RM12 Juta

JOHOR BAHRU – Johor muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang melancarkan tabung wakaf sendiri dan lebih menarik ia disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majlis pelancaran Tabung Wakaf Rakyat Johor itu diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada di sini hari ini secara kebetulan bersempena dengan Persidangan Antarabngsa Wakaf Johor 2016 yang bermula semalam.
Sebanyak 15 organisasi dan badan korporat tempatan menyumbang dana awal untuk tabung berkenaan yang berjaya mencatatkan kutipan permulaannya berjumlah RM12.11 juta dan diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Pada majlis itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli menerima replika cek untuk tabung tersebut diketuai Kerajaan Negeri Johor menyumbang sebanyak RM5 juta diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim.
Turut berbuat demikian ialah PIJ dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) masing-masing menyumbang sebanyak RM2 juta, diikuti Johor Corporation (RM1 juta) dan Badan Perhubungan UMNO Johor (RM500,000).
Berangkat pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli
Majlis pelancaran tabung berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin; Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadut dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.
sultan2
sultan3
sultan4
sultan5
Skim wakaf pertama seumpamanya di negara ini turut membolehkan masyarakat beragama Islam menyumbang menerusi potongan gaji bulanan dan setakat ini sembilan organisasi di Johor sudah melaksanakan kaedah itu.
Antaranya ialah PIJ sendiri selain Perbadanan Pengangkutan Awam Johor Sdn. Bhd, Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Daerah Pontian, Koridor Utiliti Sdn. Bhd. dan sejumlah daripada ahli Dewan Undangan Negeri Johor.
Ketika berucap pada majlis itu, Mohamed Khaled memberitahu, penubuhan tabung berkenaan sebagai wadah amal jariah sekali gus bakal membolehkan umat Islam di negeri tersebut ‘berlumba-lumba’ melakukan amal soleh.
“Tabung Wakaf Rakyat Johor adalah cara pihak kerajaan mengukuhkan muafakat Bangsa Johor membantu kerajaan dan bekerjasama mengatasi pelbagai masalah kemaslahatan umum yang mendepani masyarakat,” kata beliau.
Mohamed Khaled menambah, tabung tersebut juga adalah ikhtiar kerajaan untuk menggunakan pelbagai model Islam yang bersumberkan syarak sesuai dengan jati diri kita sebagai Muslim. – Mynewshub.cc/HAA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story