Pengusaha Lapor Polis Gurauan Petrol Percuma

KEADAAN stesen minyak di Semabok yang diviralkan.

MELAKA – Bergurau tidak kena tempat, itu ungkapan sesuai terhadap pihak tidak bertanggungjawab memuat naik status palsu di laman sosial Facebook dengan memaklumkan sebuah stesen minyak di Semabok, di sini, menawarkan isian petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Status yang viral melalui aplikasi WhatsApp sejak kelmarin meminta penduduk di sekitar Melaka Tengah pergi ke stesen minyak itu, semalam untuk mendapatkan isian petrol percuma bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan jam 4 hingga 6 petang.
Pengusaha stesen minyak itu yang dihubungi enggan mengulas lanjut, namun meluahkan rasa terkilan dengan gurauan tidak bertempat pihak berkenaan.
Difahamkan, pengusaha stesen minyak terbabit sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu itu, malah beliau turut dinasihatkan pengurusan syarikat minyak supaya tidak membuat kenyataan kepada media.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai viral maklumat palsu itu. – myMetro Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story