Jupe Pilih Masjid Untuk Sambut Tahun Baru

Jupe Pilih Masjid Untuk Sambut Tahun Baru

Artis sinetron Indonesia, Julia Perez menghangatkan industri hiburan tanah air bulan Disember tahun lalu dengan kenyataannya berhubung isu drama di Malaysia.
Julis Perez atau mesra disapa Jupe memberitahu drama di Malaysia tidak sehebat dengan drama sinetron di negaranya.
Ekoran dari kenyataannya, Jupe telah ‘dibelasah’ oleh Pengerusi Seniman, Zed Zaidi dengan teruk di laman Twitter.
Malah, hasil siasatan Zed Zaidi mendapati Jupe masuk dan bekerja di Malaysia tanpa menggunakan permit kerja yang sah.
Akhirnya, kes ‘percakaran’ antara mereka berdua berakhir apabil Jupe didapati bersalah.
Jupe juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Zed Zaidi dan dunia hiburan Malaysia.
Mungkin, itulah kenangan pahit Jupe apabila bekerjasama dengan orang Malaysia.
Jadi, untuk tahun baru ini, pastinya Jupe tidak lagi mahu melakukan perkara yang boleh membuatkan dirinya dikecam ramai.
Untuk sambutan tahun baru 2013, Jupe telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dia lakukan.
Kebiasaannya, Jupe akan menyambut tahun baru dengan pergi ke kelab malam dan berhibur sakan.
Namun, untuk tahun 2013, Jupe telah pergi ke masjid untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T selain bersyukur kerana diberikan rezeki untuk terus hidup di muka bumiNya.
“Tahun baru memang agak berbeza. Biasanya saya pergi ‘clubbing’, tetapi kali ini berbeza. Saya ingin mendekatkan diri dengan Allah. Jadi, malam ini saya mahu lebih banyak bersyukur kerana Allah banyak memberi nikmat.
“Saya yakin rezeki tak akan ke mana. Duit boleh dicari tetapi, tahun baru berbeza jika kita panjatkan doa untuk bersyukur kerana saya selalu terlupa apabila dapat duit lupa ucapkan terima kasih pada Allah,” kata Jupe yang dipetik dari Media Hiburan.
Tindakan yang dilakukan oleh Jupe memang bagus dan harus dipuji.
Semoga, hatinya terus ditetapkan oleh Tuhan untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T tidak kira di mana pun dia berada. In Shaa Allah.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story