Suami Didenda RM1,800 Kerana Pukul Isteri

Suami Didenda RM1,800 Kerana Pukul Isteri


KUALA LUMPUR – Seorang jurujual penapis air didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencederakan isterinya, Selasa.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan Hazwan Sapi-ee, 24, menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Hazwan didakwa mendatangkan cedera terhadap Siti Norizzah Ahmad, 24, dengan memukulnya menggunakan tangan dan kaki di Taman Aman Putra, Jinjang Utara, Sentul, dekat sini, pada pukul 8 malam.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh menarik mangsa masuk ke dalam bilik rumahnya lalu memukul mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian muka dan bibir. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story