Penyanyi Rap Diarah Bayar Ganjaran

Ryan Leslie

Los Angeles – Seorang penyanyi rap yang pernah dicalonkan untuk anugerah Grammy, Ryan Leslie, diarah oleh mahkamah supaya membayar seorang lelaki Jerman sebanyak $1.2 juta dolar selepas lelaki tersebut berjaya menemui semula beg galasnya yang hilang di dalam hutan.
Beg berkenaan amat penting kepada Leslie memandangkan ia mengandungi fail muziknya yang disimpan di dalam sebuah laptop.
Ia hilang selepas beliau mengadakan satu persembahan di Jeman, pada 2010.
Selepas gagal mengesan beg berkenaan, Leslie telah menawarkan ganjaran sebanyak $20,000 kepada mereka yang berjaya memulangkan semula beg galasnya itu.
Bagaimanapun apabila tiada siapa yang tampil memulangkan beg itu, yang turut mengandungi barang kemas dan wang tunai, Leslie telah menambah jumlah ganjaran kepada $1 juta dolar.
Beberapa bulan selepas kejadian itu, seorang lelaki Armin Augstein telah menghubungi polis dan memaklumkan bahawa dia menemui beg galas itu dalam hutan .
Dia turut menemui pasport Leslie dan selepas membuat carian di internet, dia mengetahui mengenai ganjaran yang ditawarkan itu, dan telah membuat tuntutan.
Malangnya, Leslie enggan membayar Augstein sebanyak $1 juta dolar kerana fail muziknya itu telah rosak.
Augstein yang marah dengan perkara itu telah mengemukakan tuntutan saman, dan mahkamah akhirnya mengarahkan Leslie membuat bayaran itu.
Jumaat lalu, mahkamah sekali lagi membuat penghakiman dan mengarahkan Leslie membayar tambahan sebanyak $180,000 dolar kepada Augstein.
Dalam pada itu, peguam bela Leslie memberitahu pihaknya akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut.
“Muzik berkenaan telah dirampas daripadanya. Ia adalah muzik gubahannya dan disebabkan kehilangan muzik berkenaan, Leslie tidak dapat menghasilkan sebarang lagu selama dua tahun,” kata peguam belanya.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story