Jangan Biar Anak Tidak Belajar Di Rumah

Ali Rustam

MELAKA – Ibu bapa perlu proaktif memantau pembelajaran anak semasa di rumah jika mahu mereka menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau menasihati ibu bapa tidak membiarkan guru saja mendidik anak, sebaliknya mereka perlu sokong dan datang ke sekolah untuk babitkan diri dalam kegiatan seperti sukaneka atau aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
“Bila anak-anak habis sekolah kena tanya apa dia belajar di sekolah, kena ‘check’ kerja sekolah dia, jangan biar sahaja anak kita main sahaja tak belajar di rumah,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kira-kira sejam di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussin, Bukit Katil di sini bagi meninjau sesi baharu persekolahan di sekolah itu.
Kira-kira 200 pelajar tahun satu memulakan persekolahan mereka di sekolah itu hari ini.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story