PSM Mahu Pantau Pelaksanaan Gaji Minimum

Gaji Minimum

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa akan menubuhkan sebuah pasukan bagi memantau pelaksanaan akta gaji minimum yang bermula tahun ini.
Setiausaha Agungnya, S.Arutchelvan mendakwa, langkah itu berikutan terdapat pekerja mengadu ada majikan tidak mahu melaksanakan gaji minimum.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan gaji minimum RM900 bagi pekerja di Semenanjung dan RM800 untuk pekerja di Sabah dan Sarawak.
“Namun, pelaksanaan gaji minimum menghadapi cabaran daripada pihak majikan yang enggan melaksanakannya,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.
Arutchelvan berkata, pihaknya juga mendapat aduan terdapat majikan memasukkan elaun dan faedah lain untuk pekerja dalam gaji asas bagi mencapai syarat gaji minimum.
Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar gaji minimum sektor swasta di mana bagi Semenanjung Malaysia sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam.
Manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story