Neelofa Enggan Ulangi Kesilapan Di Tahun 2013

Neelofa Enggan Ulangi Kesilapan Di Tahun 2013

Pelakon dan pengacara wanita, Noor Neelofa Mohd Noor mencipta kisah yang penuh kontroversi dan gosip hangat sepanjang bergelar artis Malaysia pada tahun 2012.
Kisah-kisahnya mendapat perhatian umum hinggakan dirinya sentiasa dikutuk dan dikecam oleh ramai pihak.
Dari kisahnya yang bergaduh dengan artis-artis wanita lain hinggalah kisah cintanya dengan seorang aktor dan pengarah lelaki, Hasn Isaac, semuanya mencetuskan tanggapan negatif kepada gadis yang masih lagi muda itu.
Justeru, Neelofa mengharapkan lembaran tahun 2013 merupakan tahun yang ‘bertindak’ baik kepada dirinya.
Neelofa mahukan setiap perkara buruk yang berlaku dijadikan pengajaran buat dirinya dan tidak diulangi dalam merencana hidup baru di tahun 2013.
“Segala yang terjadi tahun lalu, bukanlah apa yang saya harapkan.
“Setiap tahun, saya sentiasa minta untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Apa yang berlaku tahun lalu, saya jadikannya satu pengajaran dan sesi pembelajaran,” kata Neelofa yang dipetik dari Sinar Harian.
Selain itu, Neelofa mempunyai azam yang tersemat dalam dirinya untuk memastikan perkara negatif yang berlaku tidak berulang lagi.
Malah, dia mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya akan pastikan segala yang negatif tidak akan berulang. Sejujurnya saya mahu jadi insan yang lebih baik.
“Apabila umur saya akan menginjak ke usia 23 tahun, saya sudah nampak apa yang kurang, dan saya tidak mahu ulangi kesilapan sama lagi,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story