Suami Kongkong Raja Farah Untuk Berlakon?

Suami Kongkong Raja Farah Untuk Berlakon?

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang kian menyepi selepas berkahwin, Raja Farah Raja Aziz menafikan dia dikongkong suaminya sendiri, Megat Bashirun Qayyum dari bergiat aktif dalam dunia seni lakonan.
Ini kerana Farah langsung tidak dilihat dalam sebarang drama atau filem-filem tempatan.
Justeru, timbul cakap-cakap orang mengatakan Farah tidak boleh berlakon kerana tidak mendapat izin dari suaminya.
Namun, menerusi portal OhBUlan!, Farah menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia tidak bergiat aktif dalam lakonan adalah pilihannya sendiri selain mahu menumpukan perhatian dalam perniagaan Snogurtnya.
“Suami tak kongkong Farah untuk berlakon, terpulanglah pada individu nak bercakap apa pun.
“Sekarang ini Farah pun sudah berkahwin, berhijab dan mempunyai perniagaan sendiri. Buat masa sekarang Farah ingin tumpukan 100% pada perniagaan Snogurt,” kata Farah.
Selain mahu memberikan sepenuh perhatian dalam perniagaanya, pendekatan Farah untuk tidak aktif berlakon adalah kerana ingin menghabiskan masa menguruskan rumah tangganya.
Bagi Farah, dia mahu menjaga keharmonian rumah tangga dengan sebaik mungin.
Malah, dia juga mahu lebih menghabiskan masa bersama dengan suaminya sendiri.
“Lagipun apabila sudah kurang berlakon, Farah ada masa untuk suami dan keluarga. Apa yang mampu dan terbaik untuk keluarga Farah akan lakukan.
“Kita kahwin cuma sekali, jadi biarlah semuanya berjalan lancar dan tanpa ada salah faham,” beritahu Farah.
Selain mempunyai perniagaan Snogurt, Farah juga sudah bergiat aktif dalam mengeluarkan jubah keluaran jenamanya sendiri.
Bezanya, Farah tidak menjual rekaan dan jenama pakaiannya melalui atas talian, ‘online’.
“Farah pun ada keluarkan rekaan jubah untuk wanita muslimah yang dikenali sebagai ‘Raja Farah Collection.’ Tetapi mungkin label jenama tersebut akan ditukar kepada nama lain agar peminat-peminat senang nak menyebutnya.
“Bagi Farah mengadakan bazar pakaian macam ini adalah suatu perkara yang bagus sebab kita boleh dekat dengan peminat dan pengalamannya adalah sungguh berbeza berbanding menjual secara online,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story