Wajah Terbaru Pierre Andre, Aktif Bertabligh

Wajah Terbaru Pierre Andre, Aktif Bertabligh

Umum ketika ini mengetahui perjalanan kehidupan pengarah dan pelakon lelaki muda, Pierre Andre yang sudah berubah menjadi insan yang lebih baik.
Pierre ketika ini dalam proses memperbaiki dirinya dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan mempelajari ilmu-ilmu agama dengan lebih mendalam.
Ketika memenangi anugerah Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012, Pierre telah  menggegarkan banyak jiwa dengan sikapnya yang terbuka mengenai Islam.
Di situ ramai yang memuji dan memanjatkan kesyukuran kerana anak tunggal pelakon wanita, Katijah Tan itu sudah mulai sedar dengan permainan dunia sementara ini.
Selepas itu, Pierre mempunyai misi dan matlamat yang kukuh untuk menyebarkan dakwah melalui drama dan filem walaupun pernah berputus asa mahu meninggalkan dunia seni tanah air.
Ketika ini, Pierre banyak mengikuti kelas-kelas agama untuk memantapkan lagi pemikiran Islamiknya.
Selain itu, Pierre juga mengakui dia sudah pun menyertai tabligh.
“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh.
“Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” kata Pierre yang dipetik dari wowberita.com.
Keputusan untuk menyertai tabligh bagi Pierre menyebabkan ramai pihak menyalah ertikan konsep dan makna tabligh itu sendiri.
Namun, Pierre punyai makna tersendiri apabila berkesempatan menyertai tabligh bersama teman-temannya.
“Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah.
“Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat,” terang Pierre.
Bukan itu sahaja, Pierre juga rajin mengikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh ustaz yang terkemuka, Ustaz Azhar Idrus.
Ketika Program Selangor AgroFest 2012 (SAF) pada 15 Disember tahun lepas, telah berlangsungnya program ceramah perdana oleh Ustaz Azhar Idrus.
Pierre juga tidak melepaskan peluang untuk mengikut ceramah tersebut bersama rakan artis lain, Datuk Eizlan Yusof.
Semoga, niat dan penghijrahan Pierre itu akan menambahkan lagi rasa ketenangan dan kebahagian dalam diri jejaka itu. In Shaa Allah.
0000
563761_479556375421415_671563706_n
DSC_3811
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: wowberita.com
P/S: Tahniah admin ucapkan kepada artis-artis yang telah berhijrah menuju ke jalan (إله).

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story