Walaupun Iran sebuah negara Syiah, namun dalam hal-hal tertentu yang melibatkan perlaksanaan syariat Islam, ia amat wajar dicontohi oleh negara Islam lain.
Terbaru, kerajaan Iran dikhabarkan telah menguatkuasakan undang-undang yang melarang pesawat penerbangan berlepas ketika waktu azan.
Ia diumumkan sendiri oleh Ketua Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Hamid Reza Pahlevani, semalam.
Hamid memerintahkan agar semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan.
Katanya, perintah itu adalah untuk membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab mereka.
Kini, semua pesawat yang dijadualkan berlepas dari Iran perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan selesai.
Selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang atar syarikat penerbangan itu.
Sememangnya, berita yang akan disampaikan ini adalah satu perkara yang amat positif dan wajar dicontohi.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment