Keberanian Pengamal Media Dapat Pujian Bomba


Keberanian Pengamal Media Dapat Pujian Bomba
KOTA BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memuji pengamal media di negeri ini yang berani menghadapi pelbagai risiko ketika menyertai operasi yang dilakukan pasukan penyelamat itu.
Pengarahnya, Azmi Osman berkata sebagai contoh pada 4 Nov lepas ketika operasi memadam kebakaran sebuah kilang di Pengkalan Chepa, pengamal media turut membantu anggota bomba yang cedera ketika bertugas selepas sebuah tangki minyak yang bocor, meletup.
“Kita amat kagum dengan keberanian, kesungguhan dan kecekalan wartawan dan jurugambar yang sama-sama membantu merawat anggota penyelamat yang cedera itu.
“Kita yakin wartawan bukan sahaja mencari bahan berita untuk dipapar kepada masyarakat, malah turut berhadapan pelbagai risiko lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Jasa Dikenang Budi Disanjung, di sini Sabtu malam.
Di kejadian 4 Nov itu, 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story