N.D Lala Dakwa Belum Berjumpa Sharnaz

nd lala

KUALA LUMPUR – “Setakat ini saya dan Sharnaz masih tidak berpeluang duduk bertentang mata atau semeja seperti ini dengannya. Jadi saya tidak ada apa-apa jawapan jika ditanyakan tentang dia,” jawab ND Lala apabila portal murai.com.my bertanyakan pendapat peribadinyanya tentang pelakon kacak, Sharnaz Ahmad yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Shila Amzah.
Bagaimanapun ND Lala mengakui bahawa isterinya iaitu ibu kepada bintang popular Shila Amzah sering bersua muka dengan Sharnaaz dalam beberapa majlis yang dihadiri.
Tidak mahu anaknya kesayangannya itu dibuai dengan gosip yang hanya membawa spekulasi kurang sedap di dengar, ND Lala berkata dia sekeluarga sedang menyusun strategi untuk memantapkan lagi kerjaya seni Shila Amzah di peringkat antarabangsa.
“Sebagai manusia biasa kita tidak boleh mengelak sebarang tafsiran orang. Saya tiada formula yang boleh mengelakkan daripada tafsiran orang. Sebagai manusia juga, kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi berkenaan beberapa perkara terutama perihal, jodoh, pertemuan, ajal dan maut. Itu semua kuasa yang maha Esa.
“Apa yang pasti, untuk tahun depan kami sedang merencana sesuatu yang besar untuk Shila Amzah untuk bergelar artis antarabangsa. Masih terlalu awal untuk saya kongsikan perancangannya, tapi apa yang pasti dia akan sering berulang alik dari Malaysia, China, Eropah dan juga Amerika Syarikat,” kata ND Lala yang juga merangkap pengurus Shila Amzah.
Ditemui ketika majlis ramah mesra Shila Amzah bersama pelanggan Safi Balqis, di KL Sentral petang semalam, ND Lala cukup yakin bahawa anaknya itu mempunyai potensi cukup besar di peringkat antarabangsa.
Katanya, pertemuan bersama Penerbit Eksekutif World Music Awards, John Martinotti ketika berkunjung ke Miami Amerika Syarikat, baru-baru ini bakal membuka banyak peluang baru bagi kerjaya seni Shila Amzah.
“Alhamdulillah, walaupun anugerah tersebut ditunda, tapi hikmahnya kami dapat makan malam dan duduk semeja dengan John Martinotti yang sememangnya sangat mengagumi bakat Shila Amzah yang dilabelnya sebagai bintang semakin bersinar.
“Banyak perkara yang kami bincangkan tentang kerjaya seni Shila Amzah. Insya Allah, kita tunggu sajalah nanti,” kata ND Lala yang masih aktif menyanyi dan mengacara majlis.
Tambah ND Lala, menariknya bagi meraikan sambutan tahun baru 2013, Shila Amzah akan ke Shanghai untuk beberapa hari bagi membuat persembahan sempena countdown tahun baru di hadapan ribuan masyarakat di sana.
Apa yang menarik, Shila Amzah akan berduet dengan penyanyi tempatan di sana menerusi lagu popular Sukan Olimpik Beijing 2008 bertajuk You And Me.
Sementara itu Shila Amzah berkata, dia bersyukur kerana impiannya untuk membuat persembahan di atas pentas gah sepanjang tahun 2012 termakbul.- Murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story