Perkasa Serah Memorandum Kepada PAS

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu menyerahkan satu memorandum kepada  PAS Terengganu hari ini.
Ketua Wira Perkasa Terengganu, Ahmad Suhaimi Rafii berkata, memorandum itu mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
“Kami meminta Presiden PAS memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini,” katanya di sini hari ini.
Ahmad Suhaimi berkata, Abdul Hadi turut digesa memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas perkara yang terjadi akibat amanat tersebut.
Memorandum itu berjaya diserahkan kepada Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah kira-kira pukul 11 pagi ini di Pejabat PAS Terengganu.sumber

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story