KUALA TERENGGANU – Waktu bagi melawat pesakit di hospital kerajaan di negeri ini akan dilanjutkan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Anwa Sulaiman berkata, pelanjutan waktu melawat itu berikutan saranan Menteri Kesihatan supaya waktu melawat semua hospital disemak semula.
“Ia juga bersesuaian dengan permintaan masyarakat supaya diberi waktu melawat yang lebih panjang terutama hujung minggu dan cuti umum.
“Waktu melawat yang lebih panjang juga dapat mengurangkan kesesakan pelawat bertumpu ke hospital-hospital pada satu-satu masa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kutipan derma Tabung Kemanusiaan Gaza sebanyak RM44,476.70 di sini hari ini.
Menurut Anwa, bermula 1 Januari ini, waktu melawat pesakit bagi hari Ahad hingga Khamis sesi lawatan tengah hari bermula 12 tengah hari hingga 2 petang.
Jelas beliau, waktu baharu itu berbeza berbanding sebelum ini yang bermula 1 tengah hari hingga 2 petang.
Tetapi, kata beliau, waktu lawatan bagi sesi petang pada hari terbabit tidak akan berubah iaitu bermula pukul 5 petang hingga 7 malam.
Katanya, waktu lawatan sesi tengahari bagi hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang manakala sesi petang bermula 4 petang hingga 7 malam berbanding pukul 5 petang hingga 7 malam sebelum ini.sumber
#Terbaikla Hospital ganung kiter!
0 comments:
Post a Comment